Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Hasil Negeri Kedah Tahun 2019
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Hasil Negeri Kedah Tahun 2019 telah diadakan pada 15 Januari 2019 bertempat di Bilik Gerakan, Aras 3, Blok E Wisma Darul Aman, 05503, Alor Setar. Mesyuarat ini berlangsung dari jam 8.00AM sehingga 1.00PM.
Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Isahak Bin Murat bersama sama pegawai-pegawai Kanan dan juga pegawai-pegawai dari Jabatan-Jabatan yang terlibat bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara berbangkit seperti Kutipan hasil sedia ada, cara yang lebih berkesan untuk membuat kutipan hasil, cara untuk menjana hasil didalam negeri dan lain-lain perkara yang berbangkit. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk menambah baik lagi proses kutipan hasil dan jumlah kutipan hasil bagi Negeri Kedah Darul Aman.
Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Kedah Aras 3, Blok E Wisma Darul Aman, 05503, Alor Setar, Kedah Darul Aman No. Tel : 04-7027795/04-7027796 No. Faks : 04-7027719/7720/7721/7722 Email: pkpk[at]kedah[dot]gov[dot]my