W3C
Saiz Font
Bahasa
  • Facebook
  • Youtube
  • Twitter
  • Google Map
  • Google Play
  • QR Kod
HEADER WEB

Perutusan YB Pegawai Kewangan Negeri Kedah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Pengasih. 

Saya terlebih dahulu mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung laman web rasmi Pejabat Perbendaharaan Negeri Kedah.

Sebagai menyahut seruan Kerajaan dalam melaksana dan mengembangkan aplikasi elektronik dalam pentadbiran Kerajaan maka laman web ini     dibangunkan bertujuan sebagai saluran dan menjadi jambatan penghubung kepada komuniti dan orang awam dengan agensi Kerajaan terutama bagi urusan-urusan yang melibatkan aplikasi online dan juga sebagai sumber rujukan utama. 

Sebagai satu komponen dalam mewujudkan sistem penyampaian yang cekap dan berkesan laman web ini menyediakan pelbagai maklumat dan informasi berkenaan arahan-arahan Kerajaan, pekeliling-pekeliling Perbendaharaan, program-program anjuran jabatan ini dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan untuk rujukan agensi-agensi Kerajaan dan juga orang awam.

Saya juga mengalu-alukan pertanyaan, pendapat serta cadangan terhadap jabatan ini di dalam usaha penambahbaikan berterusan terutama pada aspek Sistem Penyampaian dan Pembangunan Modal Insan untuk melahirkan sebuah jabatan yang mampu berdaya saing dalam menempuh cabaran dan kehendak Negara dan komuniti.

Sehubungan itu, adalah menjadi harapan saya laman web ini akan memberi manfaat kepada semua, saya juga mengharapkan Pejabat Perbendaharaan Negeri Kedah dapat melangkah lebih jauh ke hadapan di dalam era media elektronik khususnya.

Selamat melayari Laman Web Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Kedah Darul Aman.

Sekian.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI SYED KHAIROL ANUAR BIN SYED ABIDIN
DSDK., SDK., AMK., BCK., ASK..
PEGAWAI KEWANGAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN
WISMA DARUL AMAN, 
05503 ALOR SETAR, 
KEDAH DARUL AMAN

Hakcipta © 2022, Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Kedah Darul Aman. Semua hakcipta terpelihara.
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Mozilla Firefox / Chrome / Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1280 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Isnin, 8 April 2024 
Ezyweb Content Management System

Pejabat Kewangan Dan
Perbendaharaan Negeri Kedah

Aras 3, Blok E Wisma Darul Aman, 05503, Alor Setar, Kedah Darul Aman
No. Tel : 04-7027795/04-7027796
No. Faks : 04-7027719/7720/7721/7722
Email: pkpk[at]kedah[dot]gov[dot]my