W3C
Saiz Font
Bahasa
  • Facebook
  • Youtube
  • Twitter
  • Google Map
  • Google Play
  • QR Kod
HEADER WEB

Modul Pinjaman

Apakah kelayakan pegawai bagi membolehkan membuat pinjaman kenderaan?

  1. Jumlah potongan bulanan untuk pembelian kenderaan hendaklah tidak melebihi 1/3 daripada gaji pokok anggota dan jumlah semua potongan gajinya hendaklah tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokok serta elaun-elaun;

  2. Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 4% setahun;

  3. Skim pembiayaan ini ditawarkan kepada semua anggota Perkhidmatan Awam yang bertaraf tetap atau yang berkhidmat secara kontrak dan dibenarkan membuat pinjaman kenderaan setiap lima tahun sekali dengan syarat pembiayaan terdahulu telah selesai. Bagi pegawai yang dalam tempoh percubaan atau berkhidmat secara kontrak dikehendaki menyediakan dua orang penjamin yang telah disahkan dalamperkhidmatan;

  4. Pendapatan minimum untuk permohonan pinjaman membeli kereta adalah sebanyak RM1,320.00 sebulan (kelulusan khas perlu diperolehi bagi gaji kurang daripada RM1,320);

  5. Surat perjanjian pembiayaan kenderaan adalah dikehendaki disetem secukupnya berdasarkan kepada amaun pembiayaan Kerajaan di mana bagi setiap RM500.00 atau sebahagian darinya RM2.50;

  6. Bagi pembelian kenderaan terpakai hendaklah dinilai dan dikeluarkan sijil nilaian kenderaan oleh Jurutera Kerja Raya Mekanikal;

  7. Seseorang anggota yang mendapat pembiayaan membeli kenderaan hendaklah menyerahkan resit / invois bagi kenderaan yang dibelinya kepada pegawai yang meluluskan permohonannya dalam tempoh 30 hari selepas cek bayaran diterimabeserta nota takaful (cover note) atau sijil takaful kenderaan (komprehensif) dan buku pendaftaran kenderaan yang telah dicatat.


Apakah kelayakan pegawai bagi membolehkan membuat pinjaman komputer?

  1. Amaun pembiayaan maksimum adalah sebanyak RM5,000.00 dan akan dikira kepada angka ratusan yang terdekat;

  2. Jumlah potongan bulanan untuk pembelian komputer hendaklah tidak melebihi 1/3 daripada gaji pokok anggota dan jumlah semua potongan gajinya hendaklah tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokok serta elaun-elaun;

  3. Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 4% setahun;

  4. Skim pembiayaan ini ditawarkan kepada semua anggota Perkhidmatan Awam yang bertaraf tetap dan dibenarkan membuat pinjaman komputer setiap lima tahun sekali dengan syarat pembiayaan terdahulu telah selesai. Bagi pegawai yang dalam tempoh percubaan dikehendaki menyediakan dua orang penjamin yang telah disahkan dalam perkhidmatan;

  5. Tempoh bayaran balik adalah tidak melebihi 48 bulan;

  6. Surat perjanjian pembiayaan komputer adalah dikehendaki disetem secukupnya berdasarkan kepada amaun pembiayaan Kerajaan di mana bagi setiap RM500.00 atau sebahagian darinya RM2.50; dan

  7. Seseorang anggota yang mendapat pembiayaan membeli komputer hendaklah menyerahkan resit / invois bagi komputer yang dibelinya kepada pegawai yang meluluskan permohonannya dalam tempoh 30 hari selepas cek bayaran diterima.


Berapakah had pinjaman yang layak dipinjam bagi pinjaman kenderaan?

Jenis Kenderaan

  Had Pinjaman  
(RM)

i. Membeli Kereta 
   Jawatan-jawatan Utama dan Jawatan-jawatan Gred Khas60,000.00
   Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 - 54)55,000.00
   Kumpulan Sokongan (Kelulusan khas bagi gaji RM1,320.00 ke bawah)  45,000.00
  
ii. Membeli Motorsikal5,000.00
iii. Membeli Motorbot4,000.00
iv. Membeli Enjin Motorbot3,500.00

 

Hakcipta © 2022, Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Kedah Darul Aman. Semua hakcipta terpelihara.
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Mozilla Firefox / Chrome / Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1280 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Isnin, 8 April 2024 
Ezyweb Content Management System

Pejabat Kewangan Dan
Perbendaharaan Negeri Kedah

Aras 3, Blok E Wisma Darul Aman, 05503, Alor Setar, Kedah Darul Aman
No. Tel : 04-7027795/04-7027796
No. Faks : 04-7027719/7720/7721/7722
Email: pkpk[at]kedah[dot]gov[dot]my