W3C
Saiz Font
Bahasa
  • Facebook
  • Youtube
  • Twitter
  • Google Map
  • Google Play
  • QR Kod
HEADER WEB

Sejarah Penubuhan

Perbendaharaan Negeri Kedah Darul Aman mula beroperasi dengan tertubuhnya Perbendaharaan Negeri pada 3 Ogos 1905 dan ditempatkan di Balai Besar, Alor Star. Pegawai Perbendaharaan Negeri yang pertama bernama Syed Abdullah Al Mahdali dan beliau berada di bawah kuasa Pegawai Kewangan Negeri iaitu En. W.J. Williamson. Perbendaharaan Negeri memainkan peranan penting dalam era pra merdeka bagi menyediakan perkhidmatan pengurusan kewangan dan pengendalian perakaunan Kerajaan Negeri.

Pada Tahun 1909, Perbendaharaan Negeri dipindahkan ke bangunan yang pada masa sekarang menempatkan Balai Seni Negeri. Dalam tahun 1972 ia dipindahkan ke Bangunan Wan Mat Saman . Menjelang tahun 1981 ia dipindahkan pula ke Bangunan Sultan Abdul Halim dan ditempatkan di tingkat 11 bangunan tersebut . Pada tahun 1995 ianya dipindahkan ke Wisma Negeri hinggalah ke hari ini.

Pada tahun 2003 penyusunan semula struktur organisasi Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah telah dilaksanakan. Penyusunan semula tersebut telah dimantapkan lagi dengan kelulusan perjawatan oleh JPA mengikut waran perjawatan yang telah berkuatkuasa mulai Januari 2004. Selepas penyusunan semula tersebut, struktur organisasi Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri adalah  seperti berikut :-

Seksyen Khidmat Pengurusan

  • Unit Pengurusan  
  • Unit Kewangan 
  • Unit Teknologi Maklumat

Seksyen Pengurusan Kewangan

  • Unit Belanjawan
  • Unit Analisa dan Pemantauan Pelaburan
  • Unit Perolehan  
  • Unit Hasil

Seksyen Pengurusan Perakaunan

  • Unit Perkhidmatan dan Operasi Perakaunan
  • Unit Naziran dan Khidmat Perundingan
  • Unit Perakaunan dan Pengurusan Kewangan
  • Unit Pengurusan Dana dan Terimaan

Hakcipta © 2022, Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Kedah Darul Aman. Semua hakcipta terpelihara.
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Mozilla Firefox / Chrome / Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1280 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Isnin, 8 April 2024 
Ezyweb Content Management System

Pejabat Kewangan Dan
Perbendaharaan Negeri Kedah

Aras 3, Blok E Wisma Darul Aman, 05503, Alor Setar, Kedah Darul Aman
No. Tel : 04-7027795/04-7027796
No. Faks : 04-7027719/7720/7721/7722
Email: pkpk[at]kedah[dot]gov[dot]my