W3C
Saiz Font
Bahasa
  • Facebook
  • Youtube
  • Twitter
  • Google Map
  • Google Play
  • QR Kod
HEADER WEB

Modul Perolehan Aset

Apakah yang dimaksudkan dengan Aset Kerajaan?

Aset ialah harta benda kerajaan yang dibeli atau disewa beli dengan wang kerajaan yang diterima melalui sumbangan atau hadiah atau diperolehi melalui proses perundangan.

 


Aset terbahagi kepada beberapa kumpulan dan bagaimanakah cara untuk mengkategorikannya?

Aset terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

  1. Aset harta modal ialah yang perolehan asal melebihi RM1,000.00 dan memerlukan penyelenggaraan secara berjadual (kenderaan/kelengkapan komputer) dan didaftarkan dalam KEW. P.A.2.

  2. Aset Inventori ialah yang perolehan asal kurang daripada RM1,000.00 dan tidak memerlukan penyelenggaraan (perabut/kelengkapan komputer) dan didaftarkan dalam Kew. P.A.3.


Apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh jabatan untuk melupuskan aset?

Langkah-langkah ialah :

  1. Jabatan kenalpasti aset yang hendak dilupus.

  2. Ketua Jabatan hendaklah melantik pegawai untuk Ahli Lembaga Pemeriksa dengan menggunakan borang Kew. P.A.15 yang terdiri daripada 2 orang dan tempoh lantikan tidak melebihi 2 tahun.

  3. Bagi pelupusan kenderaan jabatan hendaklah mengisi borang Kew. P.A.16 dan dihantar ke JKR Workshop untuk pengesahan.

  4. Bagi pelupusan komputer hendaklah mengisi borang Kew. P.A.16 dan dihantar ke UPMN. (Pusat Makluman ICT).

  5. Kemukakan Kew. P.A.17 yang disahkan oleh Lembaga Pemeriksa kepada Perbendaharaan Negeri untuk dilulus oleh Pegawai Kewangan Negeri (Syor Lembaga Pemeriksa bagi jenis pelupusan).

  6. Setelah menerima kelulusan daripada Pegawai Kewangan Negeri (Kew. P.A.17) jabatan hendaklah membuat pelupusan sebagaimana syor Lembaga Pemeriksa.

  7. Sediakan sijil pelupusan Kew. P.A.19 dan dihantar kepada Pegawai Kewangan Negeri dan direkod di jabatan.


Apakah langkah-langkah yang perlu diambil apabila berlaku kehilangan aset atau wang?

  1. Buat laporan kepada polis dalam tempoh 24 jam.

  2. Jabatan menyediakan laporan awal (Kew. P.A.28) dan dihantar kepada Perbendaharaan atau Audit Negeri.

  3. Jabatan hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Penyiasat dalam masa 2 minggu dari tarikh laporan awal ditandatangani.

  4. Jawatankuasa Penyiasat mengemukakan laporan siasatan dengan menggunakan borang Kew. P.A.29.

  5. Kemukakan laporan akhir kepada Perbendaharaan melalui borang Kew. P.A.30 dalam tempoh 2 bulan.

  6. Kemukakan Sijil Hapuskira Aset melalui borang Kew. P.A.31 kepada  Perbendaharaan.

Hakcipta © 2022, Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Kedah Darul Aman. Semua hakcipta terpelihara.
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Mozilla Firefox / Chrome / Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1280 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Isnin, 8 April 2024 
Ezyweb Content Management System

Pejabat Kewangan Dan
Perbendaharaan Negeri Kedah

Aras 3, Blok E Wisma Darul Aman, 05503, Alor Setar, Kedah Darul Aman
No. Tel : 04-7027795/04-7027796
No. Faks : 04-7027719/7720/7721/7722
Email: pkpk[at]kedah[dot]gov[dot]my