W3C
Saiz Font
Bahasa
  • Facebook
  • Youtube
  • Twitter
  • Google Map
  • Google Play
  • QR Kod
HEADER WEB

Fungsi Jabatan

PENGURUSAN KEWANGAN

Belanjawan

  • Menyediakan surat pekeliling belanjawan 
  • Membuat pemeriksaan dan memperakukan perbelanjaan-perbelanjaan tahunan mengurus, pembangunan dan hasil agensi-agensi kerajaan dan Badan-badan Berkanun Negeri 
  • Mengurus dan menyediakan proses penyediaan belanjawan tahunan untuk kelulusan MMK dan DUN dan buku belanjawan tahunan 
  • Mengurus tuntutan pemberian-pemberian dan bantuan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri 
  • Memperakukan permohonan peruntukan baru, peruntukan tambahan, pindah peruntukan tambahan, pindah peruntukan dan menyedia kertas-kertas MMK dan Dewan 
  • Menyelia pengeluaran semua waran 
  • Menyelia dan mengkaji prestasi perbelanjaan mengurus dan pembangunan agensi-agensi kerajaan dengan menyediakan laporan untuk pertimbangan pihak atasan 
  • Mengkaji, menyelia dan memperakukan permohonan perjawatan dari agensi serta menganggotai Jawatankuasa Naziran perjawatan negeri 
  • Menyelia pinjaman Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Negeri kepada Badan-badan Berkanun 
  • Memantau peruntukan pinjaman Kerajaan Negeri dan berkaitan dengan Badan Berkanun dengan Kerajaan Negeri 
  • Menyelia pengurusan hasil agensi-agensi Kerajaan Negeri 
  • Menganalisa maklumat mengenai hasil-hasil agensi-agensi Kerajaan Negeri dan membuat jangkaan hasil Kerajaan pada masa akan datang 
  • Mengkaji untuk meningkatkan kutipan hasil Kerajaan Negeri 
  • Mengkaji prestasi kewangan Kerajaan masa ke semasa 

Perolehan & Pengurusan Aset

  • Pemantauan aktiviti Pengurusan Perolehan dan Aset Jabatan-jabatan Negeri dari segi pelaksanaan dasar prosedur 
  • Memproses permohonan kelulusan khas aset 
  • Memproses permohonan perlantikan perunding dan perlanjutan tempoh kontrak 
  • Memproses permohonan tandatangan surat setuju terima dan dokumen kontrak 
  • Memproses permohonan tawaran khas bumiputera 
  • Memproses permohonan perlantikan dan pertukaran pengerusi jawatankuasa sebutharga 
  • Memproses permohonan pelupusan aset, permohonan hapuskira dan kehilangan termasuk mengemukakan kuiri dan menyediakan kertas perakuan 
  • Memantau dan menyelaras pelaksanaan modul aset melalui SPEKS 
  • Memberi khidmat nasihat, latihan dan naziran berkaitan Perolehan dan Aset

 Analisa Pemantauan Pelaburan

  • Merancang, mengawal dan menyelenggarakan urusan pelaburan dan rekod-rekod perakaunan pelaburan dan rekod-rekod perakaunan pelaburan bagi Kerajaan-kerajaan Negeri dan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri, terutamanya Menteri Besar Incorporated (MBI) 
  • Mengkaji dan memantau pelaburan yang dibuat oleh agensi-agensi Kerajaan Negeri serta memberi laporan/pandangan kepada pihak pengurusan bagi mempertingkatkan lagi ketelusan dan kemantapan pengurusan kewangan dan perakaunan di semua agensi bersangkutan pelaburan 
  • Membantu pihak pengurusan dalam membuat keputusan mengenai pelaburan bagi peruntukan kerajaan-kerajaan negeri serta anak-anak syarikatnya 
  • Mengumpul maklumat dan mengemukakan analisis kewangan serta daya maju sesuatu pelaburan untuk dikemukakan bagi pertimbangan kerajaan negeri 
  • Memperkemas dan mempertingkatkan lagi kawalan ke atas semua pelaburan yang dijalankan oleh Kerajaan-kerajaan Negeri dan semua agensi-agensinya supaya urusan pemantauan pelaburan dibuat dengan lebih rapi dan tersusun 
  • Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Pelaburan Negeri 

Hasil

  • Menyelaras dan memantau kutipan hasil negeri 
  • Merancang usaha-usaha untuk meningkatkan hasil negeri 
  • Mencari sumber baru hasil negeri 
  • Menyediakan penyata dan laporan kewangan hasil 

KHIDMAT PENGURUSAN

Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia

Pentadbiran

  • Pengurusan Keselamatan Pejabat dan kebersihan 
  • Pengurusan surat-menyurat dan sistem fail 
  • Pengurusan penyenggaraan kenderaan 
  • Pengurusan penerbitan buku laporan tahunan jabatan 
  • Pengurusan kajian pelaksanaan pengkomputeran jabatan 
  • Pengurusan perlaksanaan ISO 9000 
  • Pengurusan Mesyuarat Pengurusan 
  • Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun, Majlis bersama Jabatan dan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan

 Sumber Manusia

  • Pengurusan perjawatan perkhidmatan dan kenaikan pangkat 
  • Pengurusan penyediaan rekod perkhidmatan dan cuti anggota jabatan 
  • Pengurusan proses tindakan tatatertib anggota jabatan 
  • Penyediaan kertas-kertas persaraan anggota jabatan 
  • Pengurusan penyediaan penyata perubahan gaji anggota jabatan 
  • Pengurusan penyediaan sokongan kenaikan gaji tahunan anggota jabatan 
  • Pengurusan penyediaan sasaran kerja tahunan dan laporan penilaian prestasi anggota jabatan 
  • Pengurusan Panel Pergerakan Gaji Jabatan dan Urusetia PPG 
  • Pengurusan pengemaskinian data maklumat personal SISPEN Jabatan 
  • Merangka jadual program latihan/kursus 
  • Pengurusan pengambilan lantikan dan lanjutan tempoh perkhidmatan kakitangan sementara 
 
Pengurusan Kewangan & Pemantauan Audit
 
Permohonan Jabatan Negeri mengenai :
  • Pengurusan kelulusan permohonan pinjaman kenderaan 
  • Pengurusan tuntutan permohonan pinjaman komputer 
  • Pengurusan kelulusan permohonan pendahuluan diri 
  • Pengurusan kelulusan permohonan pelupusan/hapuskira 
  • Pengurusan kelulusan permohonan di bawah A.P. 100 (a) dan Akta Acara Kewangan 
  • Pengurusan kelulusan permohonan pembelian luar kontrak 
  • Pengurusan kelulusan permohonan pengecualian tender/sebutharga 
  • Pengurusan penyediaan rekod-rekod pinjaman kenderaan/komputer/pendahuluan diri 
 
 Kewangan Jabatan :
  • Pengurusan penyediaan belanjawan tahunan dan perbelanjaan tambahan jabatan 
  • Pengurusan kawal peruntukan jabatan 
  • Pengurusan Penyeliaan pembelian peralatan dan keperluan jabatan 
  • Urusetia Jawatankuasa Pembuka sebutharga jabatan 
  • Pengurusan penyediaan gaji bulanan anggota jabatan 
  • Pengurusan baucer-baucer pembayaran barangan, bekalan tuntutan perjalanan, elaun lebih masa dll 
  • Pengurusan pengeluaran pesanan tempatan dan penyediaan buku vot jabatan 
  • Pengurusan kelulusan pembelian kontrak 
  • Pengurusan bekalan pengecualian sebutharga 
 
Audit :
  • Pengurusan penyediaan memorandum tahunan laporan KAN dan maklumbalas jabatan-jabatan terhadap syor PAC 
  • Urusetia Penyelaras
  • Keutuhan Negeri Pengurusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Negeri 
  • Penyelarasan maklumbalas kewangan Mesyuarat JPM, Parlimen, MMK, Mesyuarat Perhubungan Menteri Besar dll
 
Unit Komputer
  • Bertanggungjawab ke atas Unit Komputer Perbendaharaan Negeri 
  • Memastikan operasi komputer dijalankan dengan lancar di dalam prosesan dokumen input, pengemaskinian data 
  • Penyelenggaraan perkakasan 
  • Mengkaji sistem dan program sedia ada dan laksanakan pembaharuan dari masa ke semasa 
  • Menyediakan spesifikasi fungsi bagi sistem perakaunan baru/ pengubahsuaian program 
  • Bertanggungjawab kepada perlaksanaan Sistem Perakaunan Standard Kerajaan (SPEKS) 


PENGURUSAN KEWANGAN

Perkhidmatan & Operasi

  • Bertanggungjawab ke atas kelancaran Operasi Bahagian Perbendaharaan iaitu meliputi Unit Semakan, Unit Gaji dan Unit Bayaran 
  • Meluluskan baucer-baucer bayaran dan baucer jurnal 
  • Menjawab semua teguran audit yang berkaitan dengan Unit Semakan, Unit Gaji dan Unit bayaran 
  • Penguatkuasaan Peraturan Cukai Hiburan Kerajaan Negeri 
  • Memberi khidmat nasihat kepada jabatan-jabatan negeri mengenai tatacara pengurusan dan penyediaan tugas-tugas semak, bayaran dan gaji 
  • Mengurus proses menghapus kira baucer, dokumen dan mesin elektrik 
  • Menyelia pungutan hasil seperti simpanan tetap, cukai hiburan, cek-cek gaji 
  • Mengurus kaunter 
  • Menyediakan draf gazet deposit 
  • Menerima pungutan cukai hiburan, mengurus surat pengecualian cukai hiburan dan penyata penyesuaian cukai hiburan 
  • Menyediakan baucer bayaran pengembalian balik cukai hiburan kepada FINAS 
  • Menyediakan anggaran perbelanjaan Bahagian Perbendaharaan 
  • Menerima, menyemak, daftar surat/cek harian 
  • Membuka fail-fail 

 Akaun

  • Bertanggungjawab ke atas Unit Akaun dan Unit Audit Tunai 
  • Menyediakan Laporan Penyata Kewangan Tahunan Kerajaan Negeri 
  • Menyediakan laporan baki bank/tunai harian dan Laporan Prestasi Kewangan Negeri 
  • Menjawab teguran-teguran yang berkaitan dengan Penyata Kewangan Negeri, Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri  bagi Unit Akaun/Audit Tunai 
  • Bertanggungjawab ke atas urusan penyediaan dan penyelenggaraan akaun-akaun serta urusan-urusan yang berkaitan dengannya 
  • Menyediakan Pekeliling Penutupan Akaun Tahunan Perbendaharaan dan Penyediaan Kod Akaun Tahunan Kerajaan Negeri 
  • Mengurus kerja-kerja penyesuaian Bank Terimaan/Bayaran 
  • Mengurus permohonan pemusnahan buku akaun dan dokumen kewangan-kewangan  (A.P. 150) dari jabatan-jabatan negeri 

Hakcipta © 2022, Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Kedah Darul Aman. Semua hakcipta terpelihara.
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Mozilla Firefox / Chrome / Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1280 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Isnin, 8 April 2024 
Ezyweb Content Management System

Pejabat Kewangan Dan
Perbendaharaan Negeri Kedah

Aras 3, Blok E Wisma Darul Aman, 05503, Alor Setar, Kedah Darul Aman
No. Tel : 04-7027795/04-7027796
No. Faks : 04-7027719/7720/7721/7722
Email: pkpk[at]kedah[dot]gov[dot]my