W3C
Saiz Font
Bahasa
  • Facebook
  • Youtube
  • Twitter
  • Google Map
  • Google Play
  • QR Kod
HEADER WEB

Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19)

YB Pegawai Kewangan Negeri hari ini mengiringi KDYMM Tuanku Sultan Kedah melawat Pameran dan Pertunjukan Udara sempena acara Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19). Pameran dan Pertunjukan ini diadakan di The Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), The Resorts World, Langkawi dan pameran edisi ke-15 ini mengkhususkan sektor maritm dan aeroangkasa untuk pertahanan, sivil dan komersil.

Antara yang menarik pada LIMA pada edisi ke-15 ini adalah :

1. 31 negara telah mengesahkan penyertaan pada LIMA'19 kali ini antaranya Itali, Indonesia, Republik Czech, India dan banyak lagi.

2. 12 negara telah mengesahkan penyertaan secara berkumpulan atau pavilion negara iaitu Australia, Belarus, China, Perancis, Jerman, Jepun, Rusia, Slovakia, Turki, Ukraine, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

3. Malaysia bakal mempamerkan kehebatan pasukan aerobatik Krisakti yang menggunakan pesawat Extra 300L.

4. Pasukan aerobatik Jupiter One Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU) mengesahkan bakal beraksi di LIMA'19.

5. Antara aset-aset yang akan dipersembahkan adalah pesawat SU-30 MKM dan F/A-18D milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), pesawat Tejas milik Tentera Udara India dan penerbangan lintas pesawat pengebom B-52 Tentera Udara AS.

6. Keseluruhan tapak acara adalah sebesar 119,209 meter persegi. Turki menjadi pempamer terbesar apabila menempah pavilion mencecah 730 meter persegi, diikuti Russia sebesar 697 meter persegi.

8. Dengan acara terbesar seperti ini, chalet korporat habis dijual sejak Oktober lalu dan dalam masa yang sama dapat menyumbang dalam pertumbuhan hasil untuk Negeri Kedah Darul Aman

Walaupun LIMA'19 membuka pintunya pada 29 Mac hingga 30 Mac sahaja ia akan dibuka kepada orang awam. Inilah masanya anda melihat aset-aset kebanggaan tanahair dan negara serata dunia.

 
 
 

Hakcipta © 2022, Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Kedah Darul Aman. Semua hakcipta terpelihara.
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Mozilla Firefox / Chrome / Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1280 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Khamis, 12 Disember 2024 
Ezyweb Content Management System

Pejabat Kewangan Dan
Perbendaharaan Negeri Kedah

Aras 3, Blok E Wisma Darul Aman, 05503, Alor Setar, Kedah Darul Aman
No. Tel : 04-7027795/04-7027796
No. Faks : 04-7027719/7720/7721/7722
Email: pkpk[at]kedah[dot]gov[dot]my