Majlis Perhimpunan Dan Anugerah Pekerja Cemerlang Bulan Februari 2019 Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Kedah Darul Aman telah belangsung sebentar tadi pada Jam 2.00 Petang bertempat di Ruang Legar Bendahari Negeri Kedah Darul Aman.
Majlis yang dihadiri oleh YB Pegawai Kewangan Negeri yang ditemani Oleh Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Bendahari Negeri Kedah dan juga pegawai-pegawai kanan Pejabat Kewangan Negeri Kedah Darul Aman.
Majlis diserikan lagi dengan Tazkirah dari Ustaz Mohd Ustaz Mohd Farahi Bin Mohd Jamil dari Jabatan Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman.
Didalam masa yang sama, Majlis ini juga diadakan untuk meraikan Pekerja Cemerlang bagi bulan Februari 2019. Tahniah kepada Encik Mohd Padzil Bin Ahmad dan Encik Ahmad Faizul Amir Bin Mohd Zali atas anugerah yang diterima.
Moga dengan anugerah ini dapat lagi membuat kita semua bekerja dengan lebih baik dan lebih jitu dari sebelum-sebelum ini.