Mesyuarat Persediaan Go-Live Integrasi iSPEKS Dengan Sistem Urusan Kutipan Hasil Tanah (SUKHAT), Kedah yang dipengerusikan oleh Bendahari Negeri Kedah Darul Aman, Puan Nazhatun binti Md Rejab sedang berlansung pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Kedah.
Antara yang hadir bagi melancarkan mesyuarat ini adalah Pegawai dari Jabatan Akauntan Negera Malaysia - Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Pegawai dari Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah (PTG) dan juga wakil dari vendor Sistem SUKHAT.
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan status terkini persediaan Sistem SUKHAT untuk integrasi dengan Sistem iSPEKS.