W3C
Saiz Font
Bahasa
  • Facebook
  • Youtube
  • Twitter
  • Google Map
  • Google Play
  • QR Kod
HEADER WEB

Pembayaran Hasil Melalui Terminal Kad MyDebit

Satu Program Anjuran Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Kedah bersama Payment Network Sdn Bhd (Paynet) dan Bank Islam Sdn Bhd telah disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir bertempat di Pejabat Tanah dan Galian Kedah.

Turut hadir bersama YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB. Pegawai Kewangan Negeri Kedah, YB. Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah, YB. Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Yang Amat Arif, Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, YBhg. Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, YBhg. Pengarah Bahagian Kewangan dan Pentadbiran Payments Network Malaysia (PayNet), YBhg. Ketua Pegawai Operasi Bank Islam Malaysia Berhad serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.

Kerajaan Negeri mengambil inisiatif memperkenalkan kaedah pembayaran secara elektronik bagi meningkatkan lagi pendapatan menerusi kutipan hasil tanah melalui pembayaran kad MyDebit bermula pada 15 Mac hingga 15 Ogos 2019.

Pembayar cukai hanya perlu membuat pembayaran minimum RM30 didalam satu resit di mana-mana kaunter Jabatan Negeri termasuk Pihak Berkuasa Tempatan dan berpeluang untuk memenangi hadiah utama, sebuah motosikal Yamaha Y15ZR, lima buah motosikal Yamaha Lagenda, 15 baucar barangan elektrik bernilam RM2,500, telefon pintar, baucar barangan elektrik serta ketuhar gelombang mikro.

Sistem ini diperkenalkan sejajar dengan seruan Bank Negara Malaysia untuk bergerak ke arah Masyarakat tanpa tunai iaitu segala pembayaran hanya melalui transaksi online dan lain-lain. Semoga inisiatif ini dapat meningkatkan lagi hasil untuk Negeri Kedah Darul Aman dan dalam masa yang sama memudahkan banyak pihak.

 
 
 
 
 
 
 

Hakcipta © 2022, Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Kedah Darul Aman. Semua hakcipta terpelihara.
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Mozilla Firefox / Chrome / Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1280 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Isnin, 8 April 2024 
Ezyweb Content Management System

Pejabat Kewangan Dan
Perbendaharaan Negeri Kedah

Aras 3, Blok E Wisma Darul Aman, 05503, Alor Setar, Kedah Darul Aman
No. Tel : 04-7027795/04-7027796
No. Faks : 04-7027719/7720/7721/7722
Email: pkpk[at]kedah[dot]gov[dot]my