W3C
Saiz Font
Bahasa
  • Facebook
  • Youtube
  • Twitter
  • Google Map
  • Google Play
  • QR Kod
HEADER WEB

KEMANGKATAN RAJA MUDA KEDAH

ALOR SETAR 29 Nov. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Ha­jah Haminah memberi penghormatan terakhir kepada Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Sultan Badlishah yang mangkat awal pagi ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor yang tiba di Alor Setar kira-kira 1.30 tengah hari turut memberi penghormatan terakhir di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit, di sini.

Almarhum Tunku Abdul Malik, 86, yang juga adinda kepada Yang di-Pertuan Agong mangkat akibat gering.

Turut memberikan penghormatan terakhir ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, para kerabat, Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan orang kenamaan negeri.

Sejak pukul 1.30 tengah hari hingga 2.30 petang, orang ramai mula berada di Istana Anak Bukit untuk memberi penghormatan terakhir disusuli sesi penghormatan oleh para kenamaan sehingga pukul 3.30 petang.

Kemangkatan Tunku Abdul Malik menyusul lebih dua bulan selepas kemangkatan isteri baginda, Raja Puan Muda Kedah, Tunku Hajah Raudzah Sultan Hisamuddin Alam Shah pada 21 September lalu.

Selepas selesai istiadat memberi penghormatan terakhir, jenazah Almarhum dibawa dengan pedati khas melalui Lebuh­raya Darul­aman, Lebuhraya Sultanah Bahiyah dan Jalan Langgar menuju Makam Diraja Langgar untuk dimakam.

Terdahulu solat jenazah di­imamkan Timbalan Mufti Kedah, Sheikh Marwazi Dziyauddin.

Sementara bacaan talkin disem­purnakan Mufti Negeri, Datuk Paduka Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad sebelum jenazah Almarhum selamat dimakamkam tepat pukul 6 petang.

Turut berada di Makam Diraja Langgar ialah Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, anggota Kerabat Diraja, Menteri Besar, barisan Exco kerajaan negeri dan orang kenamaan.

Almarhum Tunku Abdul Malik diputerakan pada 24 September 1929 di Istana Anak Bukit. –

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kemangkatan-raja-muda-kedah-1.163923#sthash.Vju3vlss.dpuf

Solat Jenazah Raja Muda Kedah Tunku Malik

TIMBALAN Mufti Kedah, Sheikh Marwazi Dziyauddin (depan, tengah) menimamkan solat jenazah Almarhum Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Sultan Badlishah di balai penghadapan Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah, semalam. BERNAMA

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor yang tiba di Alor Setar kira-kira 1.30 tengah hari turut memberi penghormatan terakhir di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit, di sini.

Almarhum Tunku Abdul Malik, 86, yang juga adinda kepada Yang di-Pertuan Agong mangkat akibat gering.

Turut memberikan penghormatan terakhir ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, para kerabat, Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan orang kenamaan negeri.

Sejak pukul 1.30 tengah hari hingga 2.30 petang, orang ramai mula berada di Istana Anak Bukit untuk memberi penghormatan terakhir disusuli sesi penghormatan oleh para kenamaan sehingga pukul 3.30 petang.

Kemangkatan Tunku Abdul Malik menyusul lebih dua bulan selepas kemangkatan isteri baginda, Raja Puan Muda Kedah, Tunku Hajah Raudzah Sultan Hisamuddin Alam Shah pada 21 September lalu.

Selepas selesai istiadat memberi penghormatan terakhir, jenazah Almarhum dibawa dengan pedati khas melalui Lebuh­raya Darul­aman, Lebuhraya Sultanah Bahiyah dan Jalan Langgar menuju Makam Diraja Langgar untuk dimakam.

Terdahulu solat jenazah di­imamkan Timbalan Mufti Kedah, Sheikh Marwazi Dziyauddin.

Sementara bacaan talkin disem­purnakan Mufti Negeri, Datuk Paduka Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad sebelum jenazah Almarhum selamat dimakamkam tepat pukul 6 petang.

Turut berada di Makam Diraja Langgar ialah Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, anggota Kerabat Diraja, Menteri Besar, barisan Exco kerajaan negeri dan orang kenamaan.

Almarhum Tunku Abdul Malik diputerakan pada 24 September 1929 di Istana Anak Bukit. – BERNAMA

ALOR SETAR 29 Nov. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Ha­jah Haminah memberi penghormatan terakhir kepada Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Sultan Badlishah yang mangkat awal pagi ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor yang tiba di Alor Setar kira-kira 1.30 tengah hari turut memberi penghormatan terakhir di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit, di sini.

Almarhum Tunku Abdul Malik, 86, yang juga adinda kepada Yang di-Pertuan Agong mangkat akibat gering.

Turut memberikan penghormatan terakhir ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, para kerabat, Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan orang kenamaan negeri.

Sejak pukul 1.30 tengah hari hingga 2.30 petang, orang ramai mula berada di Istana Anak Bukit untuk memberi penghormatan terakhir disusuli sesi penghormatan oleh para kenamaan sehingga pukul 3.30 petang.

Kemangkatan Tunku Abdul Malik menyusul lebih dua bulan selepas kemangkatan isteri baginda, Raja Puan Muda Kedah, Tunku Hajah Raudzah Sultan Hisamuddin Alam Shah pada 21 September lalu.

Selepas selesai istiadat memberi penghormatan terakhir, jenazah Almarhum dibawa dengan pedati khas melalui Lebuh­raya Darul­aman, Lebuhraya Sultanah Bahiyah dan Jalan Langgar menuju Makam Diraja Langgar untuk dimakam.

Terdahulu solat jenazah di­imamkan Timbalan Mufti Kedah, Sheikh Marwazi Dziyauddin.

Sementara bacaan talkin disem­purnakan Mufti Negeri, Datuk Paduka Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad sebelum jenazah Almarhum selamat dimakamkam tepat pukul 6 petang.

Turut berada di Makam Diraja Langgar ialah Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, anggota Kerabat Diraja, Menteri Besar, barisan Exco kerajaan negeri dan orang kenamaan.

Almarhum Tunku Abdul Malik diputerakan pada 24 September 1929 di Istana Anak Bukit. –

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kemangkatan-raja-muda-kedah-1.163923#sthash.Vju3vlss.dpuf

Hakcipta © 2022, Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Kedah Darul Aman. Semua hakcipta terpelihara.
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Mozilla Firefox / Chrome / Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1280 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Rabu, 15 Januari 2025 
Ezyweb Content Management System

Pejabat Kewangan Dan
Perbendaharaan Negeri Kedah

Aras 3, Blok E Wisma Darul Aman, 05503, Alor Setar, Kedah Darul Aman
No. Tel : 04-7027795/04-7027796
No. Faks : 04-7027719/7720/7721/7722
Email: pkpk[at]kedah[dot]gov[dot]my