Piagam Pelanggan Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah Darul Aman adalah seperti berikut:
“ Sesungguhnya Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan
Negeri Kedah Darul Aman akan berusaha sebaik mungkin
dalam usaha memberi Perkhidmatan yang cepat, tepat dan mesra
kepada semua pelanggan pada setiap masa.”
Dengan ini kami berjanji:
- Menyediakan Draf Buku Anggaran Belanjawan Negeri yang kemas, tepat dan jumlah naskah yang mencukupi dalam tempoh 10 hari sebelum tarikh Persidangan Dewan Undangan Negeri.
- Mengedar Buku Anggaran Belanjawan Negeri kepada semua jabatan negeri sebelum berkuatkuasa tahun belanjawan berkenaan.
- Memberi keputusan permohonan Pindah Peruntukan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh lengkap di terima.
- Mengeluarkan cek bayaran dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh baucar bayaran lengkap diterima.
- Membayar gaji kakitangan kerajaan negeri mengikut jadual yang ditetapkan.
- Menyediakan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri yang lengkap dan teratur selewat-lewatnya pada 31hb. Mac setiap tahun.
- Memberi keputusan permohonan pendahuluan diri dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap di terima.
- Memberi keputusan permohonan pengecualian duti hiburan dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap di terima.
- Memberi keputusan permohonan tawaran perolehan secara rundingan terus, terpilih, terhad atau perlantikan perundingan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap di terima.
- Memberi keputusan Lembaga Tawaran Perolehan Negeri dalam tempoh 7 hari bekerja selepas mesyuarat Lembaga Tawaran Perolehan Negeri.
“ Insya Allah dengan sokongan semua pihak semua janji-janji berkenaan akan dapat dipenuhi.”