W3C
Saiz Font
Bahasa
  • Facebook
  • Youtube
  • Twitter
  • Google Map
  • Google Play
  • QR Kod
HEADER WEB

Modul SPEKS dan EFT

SPEKS

Kenapa nombor pesanan tempahan (LO) tiada pada nota minta walaupun sudah diluluskan?

Sila gunakan ID pelulus dan tekan butang Gabung di nota minta (Butang No. 1).

 


Kenapa nombor baucar tiada pada Bil Invois Pesanan Tempatan(Butang 5) dan Daftar Bayaran tanpa PT (Butang No. 8) selepas tekan butang lulus?

Sila gunakan ID penyemak dan tekan butang Gabung pada Bil Invois Pesanan Tempatan (Butang No. 5) dan Daftar Bayaran Tanpa PT (Butang No. 8).

 


Mengapa Baucar Bayaran dikuiri dan dibatal oleh Pejabat Bendahari?

  1. Sekiranya terlibat dengan kesilapan kod sodo, JAB atau PTJ hendaklah batal semua skrin yang terlibat dan key in semula data.

  2. Sekiranya terdapat kesilapan pada perihal dan kod bank, JAB atau PTJ boleh EDIT di bil invois (Butang No. 5) dan daftar tanpa pesanan tempatan (Butang No. 8).

  3. Sekiranya kesilapan berlaku pada Info, JAB atau PTJ hanya perlu EDIT dan SIMPAN di bil invois (Butang No. 5) dan daftar bayaran tanpa pesanan tempatan (Butang No. 8).


Bagaimana proses Penyata Pemungut?

Pastikan tarikh dari dan tarikh hingga sama dengan tarikh Resit dikeluarkan.
 


BAYARAN MELALUI EFT
 
Saya telah menerima satu surat daripada jabatan lain yang memaklumkan satu bayaran telah dibuat ke jabatan saya melalui EFT (Bayaran terus ke Bank). Apakah tindakan yang perlu saya ambil?
  1. Jabatan tuan hendaklah mendapatkan satu salinan "makluman kredit" daripada pihak bank yang membuktikan bayaran tersebut telah dimasukkan ke akaun.

  2. Membuat Resit dan Penyata Pemungut dan memasukkan kod hasil yang sepatutnya.

  3. Penyata Pemungut tersebut tidak perlu dihantar ke bank.

  4. Kembarkan satu salinan "makluman kredit" yang diterima dari bank pada setiap Penyata Pemungut untuk semakan Pejabat Perbendaharaan Negeri dan Pejabat Audit.

  5. Resit asal hendaklah dihantar kepada Pejabat Pembayar sebagai bukti penerimaan bayaran tersebut.

Hakcipta © 2022, Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Kedah Darul Aman. Semua hakcipta terpelihara.
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Mozilla Firefox / Chrome / Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1280 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Rabu, 13 November 2024 
Ezyweb Content Management System

Pejabat Kewangan Dan
Perbendaharaan Negeri Kedah

Aras 3, Blok E Wisma Darul Aman, 05503, Alor Setar, Kedah Darul Aman
No. Tel : 04-7027795/04-7027796
No. Faks : 04-7027719/7720/7721/7722
Email: pkpk[at]kedah[dot]gov[dot]my