Berapa lamakah tempoh sesuatu tuntutan bayaran diproses oleh LTAWNT?
Bayaran dan cek akan disempurnakan dalam masa 7 hari bekerja setelah tuntutan yang sempurna disahkan dan dicop terima oleh bahagian kewangan.
Berapa lamakah tempoh yang diambil untuk tandatangan borang SMP dan pindahmilik sesebuah projek?
Masa yang diambil untuk menyempurnakan dalam masa 7 hari bekerja.
Bagaimanakah prosedur jualbeli dan pindahmilik rumah PAKSR Padang Hiliran dilaksanakan?
1. Surat permohonan daripada Pembeli kepada Perbadanan Menteri-Menteri Besar (MBI Inc).
2. Syarat kepada pembeli asal hendaklah menyelesaikan segala bayaran tertunggak seperti pinjaman bank dan yuran penyelenggaraan bulanan.
3. Bayaran untuk proses pindahmilik dikenakan sebanyak RM500.00 perunit, bersama kelulusan untuk pindahmilik.
4. Pembeli baru hendaklah melantik peguam untuk urusan pembelian dan pindahmilik. Serah borang 14A untuk urusan pindahmilik.
5. Kelulusan borang 14A dan tandatangan oleh Menteri Besar.
6. Proses pendaftaran pindahmilik seterusnya diuruskan oleh peguam pembeli.
Bagaimanakah prosedur jualbeli dan pindahmilik Rumah Kos Rendah di Kondo Rakyat?
- Surat permohonan oleh Pembeli Kedua.
- Surat tersebut dipanjangkan kepada SUK Perumahan untuk kelulusan.
- Pemohon hendaklah mengisi Borang Permohonan Rumah Sistem Pendaftaran Terbuka dan serahkan kepada SUK Perumahan. Seterusnya Pemohon akan ditemuduga oleh SUK Perumahan.
- Jika berjaya, pemohon hendaklah melantik Peguam bagi urusan pembelian dan pindahmilik rumah.
- Borang Pindahmilik 14A dan perjanjian SMP diluluskan akan ditandatangani oleh Setiausaha LTAWNT dan Pegawai kewangan Negeri.
- Hak Milik Srata akan diserahkan kepada pembeli setelah pembeli menyelesaikan pembayaran rumah dan yuran penyelenggaraan.
Bagaimana jika berlaku perbezaan baki jabatan dengan baki Bendahari Negeri di dalam menyediakan penyata penyesuaian amanah/deposit?
Semasa menyediakan penyata penyesuaian amanah/deposit jika berlaku perbezaan di antara baki jabatan dengan baki Bendahari Negeri ianya perlu dilakukan mengikut format-format sebagaimana berikut:
Campur:
- Terimaan diambil kira (kredit) dalam rekod Bendahari Negeri, tetapi belum diambilkira dalam rekod jabatan (SENARAI 'A').
- Bayaran telah diambil kira dalam rekod jabatan tetapi belum dalam rekod Bendahari Negeri (SENARAI 'B').
Tolak:
1. Bayaran telah ditolak (Debit) dalam rekod Bendahari Negeri tetapi belum diambilkira dalam rekod jabatan (SENARAI 'C').
2. Terimaan telah diambilkira dalam rekod jabatan tetapi belum diambilkira oleh Bendahari Negeri (SENARAI 'D').
Campur Tolak:
Lain-lain pelarasan Debit/Kredit (perbezaan yang tidak dapat dikesan oleh jabatan melalui terimaan atau bayaran ( SENARAI 'E').