Dokumen perjanjian seelok-eloknya ditandatangani dalam tempoh dua (2) bulan selepas surat setuju terima. Bagaimanakah dokumen perjanjian dapat diuruskan dalam tempoh masa tersebut?
Jawapan bagi menyegerakan penyediaan dokumen, agensi kerajaan perlu:
- Menentukan dokumen perjanjian telah diluluskan oleh Penasihat Undang-undang
- Memastikan salinan contoh perjanjian dicatatkan dalam dokumen tender
- Draf dokumen perjanjian disediakan dalam tempoh masa yang ditetapkan
- Draf dokumen perjanjian dipersetujui dan ditandatangani oleh kontraktor dalam tempoh masa yang ditetapkan
- Dokumen perjanjian dimatikan setem atau pengecualian duti setem
- Semua dokumen sampingan seperti bon pelaksanaan perjanjian lengkap dan disempurnakan
- Dokumen perjanjian dihantar untuk ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa.