PENGURUSAN KEWANGAN
Belanjawan
- Menyediakan surat pekeliling belanjawan
- Membuat pemeriksaan dan memperakukan perbelanjaan-perbelanjaan tahunan mengurus, pembangunan dan hasil agensi-agensi kerajaan dan Badan-badan Berkanun Negeri
- Mengurus dan menyediakan proses penyediaan belanjawan tahunan untuk kelulusan MMK dan DUN dan buku belanjawan tahunan
- Mengurus tuntutan pemberian-pemberian dan bantuan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri
- Memperakukan permohonan peruntukan baru, peruntukan tambahan, pindah peruntukan tambahan, pindah peruntukan dan menyedia kertas-kertas MMK dan Dewan
- Menyelia pengeluaran semua waran
- Menyelia dan mengkaji prestasi perbelanjaan mengurus dan pembangunan agensi-agensi kerajaan dengan menyediakan laporan untuk pertimbangan pihak atasan
- Mengkaji, menyelia dan memperakukan permohonan perjawatan dari agensi serta menganggotai Jawatankuasa Naziran perjawatan negeri
- Menyelia pinjaman Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Negeri kepada Badan-badan Berkanun
- Memantau peruntukan pinjaman Kerajaan Negeri dan berkaitan dengan Badan Berkanun dengan Kerajaan Negeri
- Menyelia pengurusan hasil agensi-agensi Kerajaan Negeri
- Menganalisa maklumat mengenai hasil-hasil agensi-agensi Kerajaan Negeri dan membuat jangkaan hasil Kerajaan pada masa akan datang
- Mengkaji untuk meningkatkan kutipan hasil Kerajaan Negeri
- Mengkaji prestasi kewangan Kerajaan masa ke semasa
Perolehan & Pengurusan Aset
- Pemantauan aktiviti Pengurusan Perolehan dan Aset Jabatan-jabatan Negeri dari segi pelaksanaan dasar prosedur
- Memproses permohonan kelulusan khas aset
- Memproses permohonan perlantikan perunding dan perlanjutan tempoh kontrak
- Memproses permohonan tandatangan surat setuju terima dan dokumen kontrak
- Memproses permohonan tawaran khas bumiputera
- Memproses permohonan perlantikan dan pertukaran pengerusi jawatankuasa sebutharga
- Memproses permohonan pelupusan aset, permohonan hapuskira dan kehilangan termasuk mengemukakan kuiri dan menyediakan kertas perakuan
- Memantau dan menyelaras pelaksanaan modul aset melalui SPEKS
- Memberi khidmat nasihat, latihan dan naziran berkaitan Perolehan dan Aset
Analisa Pemantauan Pelaburan
- Merancang, mengawal dan menyelenggarakan urusan pelaburan dan rekod-rekod perakaunan pelaburan dan rekod-rekod perakaunan pelaburan bagi Kerajaan-kerajaan Negeri dan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri, terutamanya Menteri Besar Incorporated (MBI)
- Mengkaji dan memantau pelaburan yang dibuat oleh agensi-agensi Kerajaan Negeri serta memberi laporan/pandangan kepada pihak pengurusan bagi mempertingkatkan lagi ketelusan dan kemantapan pengurusan kewangan dan perakaunan di semua agensi bersangkutan pelaburan
- Membantu pihak pengurusan dalam membuat keputusan mengenai pelaburan bagi peruntukan kerajaan-kerajaan negeri serta anak-anak syarikatnya
- Mengumpul maklumat dan mengemukakan analisis kewangan serta daya maju sesuatu pelaburan untuk dikemukakan bagi pertimbangan kerajaan negeri
- Memperkemas dan mempertingkatkan lagi kawalan ke atas semua pelaburan yang dijalankan oleh Kerajaan-kerajaan Negeri dan semua agensi-agensinya supaya urusan pemantauan pelaburan dibuat dengan lebih rapi dan tersusun
- Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Pelaburan Negeri
Hasil
- Menyelaras dan memantau kutipan hasil negeri
- Merancang usaha-usaha untuk meningkatkan hasil negeri
- Mencari sumber baru hasil negeri
- Menyediakan penyata dan laporan kewangan hasil
KHIDMAT PENGURUSAN
Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia
Pentadbiran
- Pengurusan Keselamatan Pejabat dan kebersihan
- Pengurusan surat-menyurat dan sistem fail
- Pengurusan penyenggaraan kenderaan
- Pengurusan penerbitan buku laporan tahunan jabatan
- Pengurusan kajian pelaksanaan pengkomputeran jabatan
- Pengurusan perlaksanaan ISO 9000
- Pengurusan Mesyuarat Pengurusan
- Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun, Majlis bersama Jabatan dan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan
Sumber Manusia
- Pengurusan perjawatan perkhidmatan dan kenaikan pangkat
- Pengurusan penyediaan rekod perkhidmatan dan cuti anggota jabatan
- Pengurusan proses tindakan tatatertib anggota jabatan
- Penyediaan kertas-kertas persaraan anggota jabatan
- Pengurusan penyediaan penyata perubahan gaji anggota jabatan
- Pengurusan penyediaan sokongan kenaikan gaji tahunan anggota jabatan
- Pengurusan penyediaan sasaran kerja tahunan dan laporan penilaian prestasi anggota jabatan
- Pengurusan Panel Pergerakan Gaji Jabatan dan Urusetia PPG
- Pengurusan pengemaskinian data maklumat personal SISPEN Jabatan
- Merangka jadual program latihan/kursus
- Pengurusan pengambilan lantikan dan lanjutan tempoh perkhidmatan kakitangan sementara
Pengurusan Kewangan & Pemantauan Audit
Permohonan Jabatan Negeri mengenai :
- Pengurusan kelulusan permohonan pinjaman kenderaan
- Pengurusan tuntutan permohonan pinjaman komputer
- Pengurusan kelulusan permohonan pendahuluan diri
- Pengurusan kelulusan permohonan pelupusan/hapuskira
- Pengurusan kelulusan permohonan di bawah A.P. 100 (a) dan Akta Acara Kewangan
- Pengurusan kelulusan permohonan pembelian luar kontrak
- Pengurusan kelulusan permohonan pengecualian tender/sebutharga
- Pengurusan penyediaan rekod-rekod pinjaman kenderaan/komputer/pendahuluan diri
Kewangan Jabatan :
- Pengurusan penyediaan belanjawan tahunan dan perbelanjaan tambahan jabatan
- Pengurusan kawal peruntukan jabatan
- Pengurusan Penyeliaan pembelian peralatan dan keperluan jabatan
- Urusetia Jawatankuasa Pembuka sebutharga jabatan
- Pengurusan penyediaan gaji bulanan anggota jabatan
- Pengurusan baucer-baucer pembayaran barangan, bekalan tuntutan perjalanan, elaun lebih masa dll
- Pengurusan pengeluaran pesanan tempatan dan penyediaan buku vot jabatan
- Pengurusan kelulusan pembelian kontrak
- Pengurusan bekalan pengecualian sebutharga
Audit :
- Pengurusan penyediaan memorandum tahunan laporan KAN dan maklumbalas jabatan-jabatan terhadap syor PAC
- Urusetia Penyelaras
- Keutuhan Negeri Pengurusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Negeri
- Penyelarasan maklumbalas kewangan Mesyuarat JPM, Parlimen, MMK, Mesyuarat Perhubungan Menteri Besar dll
Unit Komputer
- Bertanggungjawab ke atas Unit Komputer Perbendaharaan Negeri
- Memastikan operasi komputer dijalankan dengan lancar di dalam prosesan dokumen input, pengemaskinian data
- Penyelenggaraan perkakasan
- Mengkaji sistem dan program sedia ada dan laksanakan pembaharuan dari masa ke semasa
- Menyediakan spesifikasi fungsi bagi sistem perakaunan baru/ pengubahsuaian program
- Bertanggungjawab kepada perlaksanaan Sistem Perakaunan Standard Kerajaan (SPEKS)
PENGURUSAN KEWANGAN
Perkhidmatan & Operasi
- Bertanggungjawab ke atas kelancaran Operasi Bahagian Perbendaharaan iaitu meliputi Unit Semakan, Unit Gaji dan Unit Bayaran
- Meluluskan baucer-baucer bayaran dan baucer jurnal
- Menjawab semua teguran audit yang berkaitan dengan Unit Semakan, Unit Gaji dan Unit bayaran
- Penguatkuasaan Peraturan Cukai Hiburan Kerajaan Negeri
- Memberi khidmat nasihat kepada jabatan-jabatan negeri mengenai tatacara pengurusan dan penyediaan tugas-tugas semak, bayaran dan gaji
- Mengurus proses menghapus kira baucer, dokumen dan mesin elektrik
- Menyelia pungutan hasil seperti simpanan tetap, cukai hiburan, cek-cek gaji
- Mengurus kaunter
- Menyediakan draf gazet deposit
- Menerima pungutan cukai hiburan, mengurus surat pengecualian cukai hiburan dan penyata penyesuaian cukai hiburan
- Menyediakan baucer bayaran pengembalian balik cukai hiburan kepada FINAS
- Menyediakan anggaran perbelanjaan Bahagian Perbendaharaan
- Menerima, menyemak, daftar surat/cek harian
- Membuka fail-fail
Akaun
- Bertanggungjawab ke atas Unit Akaun dan Unit Audit Tunai
- Menyediakan Laporan Penyata Kewangan Tahunan Kerajaan Negeri
- Menyediakan laporan baki bank/tunai harian dan Laporan Prestasi Kewangan Negeri
- Menjawab teguran-teguran yang berkaitan dengan Penyata Kewangan Negeri, Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri bagi Unit Akaun/Audit Tunai
- Bertanggungjawab ke atas urusan penyediaan dan penyelenggaraan akaun-akaun serta urusan-urusan yang berkaitan dengannya
- Menyediakan Pekeliling Penutupan Akaun Tahunan Perbendaharaan dan Penyediaan Kod Akaun Tahunan Kerajaan Negeri
- Mengurus kerja-kerja penyesuaian Bank Terimaan/Bayaran
- Mengurus permohonan pemusnahan buku akaun dan dokumen kewangan-kewangan (A.P. 150) dari jabatan-jabatan negeri