W3C
Font Size
language
  • Facebook
  • Youtube
  • Twitter
  • Google Map
  • Google Play
  • QR Kod
HEADER WEB

Mesyuarat Pra-Bajet 2020

Satu Mesyuarat Pra-Bajet 2020 yang dipengerusikan oleh YAB. Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir telah selamat berlansung pada hari ini bertempat di Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Kedah, Seri Mentaloon, Alor Setar Kedah.

Mesyuarat yang dibentangkan sendiri oleh Pegawai Kewangan Negeri Kedah Darul Aman, YB Dato' Haji Isahak bin Murat turut dihadiri oleh Wakil EXCO iaitu YB Dato' Dr Ismail serta wakil Ketua-Ketua jabatan yang terlibat.

Antaranya adalah TSUK Pembangunan Negeri Kedah, TSUK Pengurusan Negeri Kedah, Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah, Jabatan Pertanian Negeri Kedah, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah dan Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Banyak input serta maklumat diterima dari semua pihak pada hari ini bagi persediaan dan penambahbaikan Bajet 2020 Negeri Kedah Darul Aman untuk dibentangkan pada Sidang DUN yang akan berlangsung pada Bulan Oktober nanti.




Copyright © 2015, information technology Unit, Department of Syariah judiciary of Kedah Darul Aman.
The Google translation is used for languages other than English and Malay.
Best viewed using Internet Explorer 9.0 and above with resolution 1280 x 768

Access Time: sec
Update: Monday, 8 April 2024
Ezyweb Content Management System
Pejabat Kewangan Dan
Perbendaharaan Negeri Kedah
Aras 3, Blok E Wisma Darul Aman, 05503, Alor Setar, Kedah Darul Aman
Phone Number: 04-7027795
No. Faks : 04-7027719/7720/7721/7722
Email: pbnk[at]kedah[dot]gov[dot]my